Snap : KLCC Di Hari Raya

 

 


 




Resepi : Dahlia Abah

 
Bahan-bahan

1 cawan gula halus
1 cawan tepung custard
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung

1 cawan butter/mentega
2 biji telur ayam (kuning sahaja)
1 sudu kecil perisa vanilla
Manik warna atau ceri dihiris halus sebagai hiasan


Cara-cara :

1. Pukul rata gula halus bersama butter/mentega
2. Masukkan telur kuning
3. Masukkan perisa vanilla. Pukul sehingga sebati
4. Semua jenis tepung diayak bersama terlebih dahulu
5. Kemudian dimasukkan sedikit demi sedikit ke dalam acuan tadi
6. Pukul sehingga sebati. Kemudian uli tepung agar lembut dan biarkan sekejap.
7. Terap mengikut acuan dan letakkan hiasan ke atasnya
8. Bakar di dalam oven dengan suhu 140c selama 20-25 minit  

Selamat mencuba ^^



Resepi : Roti Bersalut Coklat Nestum

 

Bahan-bahan

Roti (jenama apa pun boleh)
Coklat masakan
Nestum
Butter (2 sudu besar)

Cara-cara :

1. Roti dipotong kecil-kecil
2. Panaskan di dalam oven/goreng kering di atas dapur
3. Panaskan butter bersama coklat masakan
4. Celup roti ke dalam coklat
5. Salutkan dengan nestum
6. Sedia untuk dihidang

Selamat mencuba ^^

Resepi : Biskut Peanut Butter M&M

 

hari ni baru berkesempatan nak kongsikan resepi biskut beserta coklat M&M. selalu makan M&M ni macam tu saja. kali ni kita gunakan untuk buat biskut. kanak-kanak tentunya suka dan kita boleh membuatnya bila-bila masa sahaja kerana ianya tak susah dan tak memakan masa yang lama. selamat mencuba.

Bahan-bahan

170 gram peanut butter
120 gram butter
75 gram gula halus
25 gram gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
2 sudu besar susu segar
120 gram tepung gandum *
80 gram tepung jagung *
1 sudu kecil serbuk penaik *
1 sudu kecil baking soda *
1 keping coklat makan
1 paket chocolate M&M
Paper cup 
 * bahan diayak terlebih dahulu

Cara-cara :

1. Butter, gula halus dan esen vanilla dipukul bersama sehingga kembang dan sebati
2. Masukkan peanut butter dan pukul sekejap
3. Masukkan susu segar dan telut. Pukul sehingga sebati
4. Masukkan semua jenis tepung yang telah diayak tadi bersama-sama dengan serbuk penaik dan baking soda. Uli dengan lembut menggunakan sudu kemudian dengan spatula.
5. Jadikan doh lembut. sekiranya doh agak lembik, tambahkan gandum dan uli sekali lagi
6. Pastikan adunan boleh dibentuk menjadi bulat-bulat kecil dan masukkan ke dalam paper cup. Tekan sedikit di bahagian atasnya.
7. Bakar pada suhu 180c selama 10 minit
8. Pada ketika ini, panaskan coklat. Setelah biskut dikeluarkan daripada oven, letakkan coklat di atasnya dan juga coklat M&M (kuantiti adalah mengikut citarasa individu) 
9. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang

Tips : boleh kurangkan penggunaan gula/peanut butter bagi mengurangkan rasa manis kerana biskut ini tersangatlah manis.