Resepi : Biskut Sarang Semut

 

sukar nak dapatkan biskut ni ketika hari raya. tak ramai yang membuat dan menjualnya malah kalau ada pun, harganya agak mahal berbanding biskut-biskut biasa. tak susah untuk membuatnya sendiri. apa pun setiap kerja yang kita lakukan memerlukan kesabaran barulah berjaya. dan tak semestinya hari raya sahaja. jika kita ada masa lapang di rumah, biskut ini akan menjadi pilihan untuk kita buat memandangkan keluarga amat menyukainya lebih-lebih lagi golongan kanak-kanak.

Bahan-bahan 
 
• 250g butter
• 100g gula halus
• 250g tepung gandum*

• 100g tepung jagung*
• 100g tepung kastard*
• 1 biji kuning telur
• 1 sudu teh esen vanilla
• chocolate rice/manik untuk hiasan

* ketiga-tiga bahan diayak bersama terlebih dahulu

Cara-cara :

 
1. Pukul kembang butter dan gula
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata

4. Uli bahan dan biarkan selama 10minit
5. Kemudian parutkan adunan dan sudukan ke dalam paper cup
6. Taburkan coklat rice atau manik gula kecil. Bakar dalam oven dgn suhu 145’C sehingga masak (anggaran 15 minit)
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara


Tips :

$ boleh gantikan butter dengan menggunakan marjerin. hasilnya lebih rangup.
$ada juga yang menggunakan pewarna untuk menambahkan seri biskut. semuanya terpulang kepada kita.
$ jika baru pertama kali mencuba, boleh gunakan lidi/pencungkil untuk memastikan biskut telah masak atau tidak.


Resepi : Agar-agar buah


kalau petang-petang kita biasanya dihidang dengan goreng-gorengan, apa kata kali ni kita cuba agar-agar pula. mudah dan cepat. sesiapa sahaja boleh mencuba.

Bahan-bahan
1 paket serbuk agar-agar
1 tin laici
1 tin buah-buahan campur
Gula
Air

Cara-cara :

Gunakan air laici (asingkan daripada buah) dan masukkan ke dalam periuk. Tambah air mengikut sukatan yang ditetapkan pada paket agar-agar.

Hidupkan api sederhana dan kacau. Masukkan serbuk agar-agar dan gula. Gula mengikut kesesuaian individu.

Kacau sehingga mendidih dan angkat setelah masak.

Masukkan agar-agar di dalam adunan berserta dengan buah-buahan campur (asingkan daripada airnya).
Biarkan sejuk dan sedia untuk dimakan.

Tips : boleh gunakan buah-buahan segar untuk rasa yang berbeza. Dan kurangkan gula untuk menonjolkan lagi rasa buah.



Resepi : Laksam lemak Pantai Timur

 

sekarang susah nak dapatkan laksam lemak yang rasanya seperti orang-orang lama buat dulu. sekarang ada yang kuahnya terlalu manis, cair dan kurang lemak. kali ni kita cuba buat sendiri mengikut cara orang kampung.

Bahan-bahan A : adunan untuk laksam
Tepung beras
Tepung kanji
Air
Garam
Peralatan kukusan

Bahan-bahan B : kuah laksam
Santan
Ikan kukus
Garam
Lada hitam
Asam keping

Bahan-bahan C : kerabu **dihiris halus
Kacang panjang, Bunga kantan, Kubis, Timun, dan lain-lain
Bahan-bahan tambahan
Asam limau, sambal dan belacan

Cara-cara :

Campurkan tepung beras dan sedikit tepung kanji. Masukkan air sehingga adunan kelihatan cair. Kemudian masukkan garam secukup rasa dan kacau sehingga sebati.

Langkah seterusnya, gunakan loyang atau tudung periuk berbentuk bulat untuk mengukus adunan tadi. Setiap keeping laksam mestilah tidak terlalu tebal. Kukus di dalam kukusan sehingga masak dan gulung menjadi laksam. Langkah ini memerlukan kesabaran kerana perlu dilakukan berulang-kali sehingga adunan habis dikukus.

Kukus ikan sehingga masak bersama dengan asam keeping. Setelah itu, buang tulang-temulang ikan terlebih dahulu. 

Blend kan ikan tadi bersama-sama dengan santan. Setelah siap, masak di atas dapur dengan api sederhana dan kacau perlahan-lahan.

Masukkan sedikit garam, lada hitam dan sekeping asam keping. Kacau sehingga masak dan sejuk agar kuah tidak menjadi pejal.

Langkah terakhir, hiris laksam dan hidangkan bersama kuah dan kerabu. Sedia untuk dimakan.