Resepi : Laksam lemak Pantai Timur

 

sekarang susah nak dapatkan laksam lemak yang rasanya seperti orang-orang lama buat dulu. sekarang ada yang kuahnya terlalu manis, cair dan kurang lemak. kali ni kita cuba buat sendiri mengikut cara orang kampung.

Bahan-bahan A : adunan untuk laksam
Tepung beras
Tepung kanji
Air
Garam
Peralatan kukusan

Bahan-bahan B : kuah laksam
Santan
Ikan kukus
Garam
Lada hitam
Asam keping

Bahan-bahan C : kerabu **dihiris halus
Kacang panjang, Bunga kantan, Kubis, Timun, dan lain-lain
Bahan-bahan tambahan
Asam limau, sambal dan belacan

Cara-cara :

Campurkan tepung beras dan sedikit tepung kanji. Masukkan air sehingga adunan kelihatan cair. Kemudian masukkan garam secukup rasa dan kacau sehingga sebati.

Langkah seterusnya, gunakan loyang atau tudung periuk berbentuk bulat untuk mengukus adunan tadi. Setiap keeping laksam mestilah tidak terlalu tebal. Kukus di dalam kukusan sehingga masak dan gulung menjadi laksam. Langkah ini memerlukan kesabaran kerana perlu dilakukan berulang-kali sehingga adunan habis dikukus.

Kukus ikan sehingga masak bersama dengan asam keeping. Setelah itu, buang tulang-temulang ikan terlebih dahulu. 

Blend kan ikan tadi bersama-sama dengan santan. Setelah siap, masak di atas dapur dengan api sederhana dan kacau perlahan-lahan.

Masukkan sedikit garam, lada hitam dan sekeping asam keping. Kacau sehingga masak dan sejuk agar kuah tidak menjadi pejal.

Langkah terakhir, hiris laksam dan hidangkan bersama kuah dan kerabu. Sedia untuk dimakan.


No comments:

Post a Comment